Wednesday, June 15, 2011

Sini ada hantu (KaraK)

Tu tajuk movie. Aku takut kot tengok cerita tu even cerita tu sebenarnya kelakar tapi still aku takut. Aku suka lagu movie tu - Na na na na na na SINI ADA HANTU

Okay, bukan tu yang aku nak cerita. Korang tengok tak 360 tadi kat TV3? Kalau tak tengok nevermind, padan muka korang lah. Boleh tengok kat Yutiub (youtube) nanti. Diorang kupas, koyak dan ragut cerita pasal Highway yang berhantu such as Highway KaraK yang tengah hangat di pawagam sekarang. Highway bukit Tagar and Bukit putus dekat seremban-kuala pilah. 

Aku memang minat cerita misteri yang macam ni. Aku rasa ramai jugak lah yang pernah dengar cerita hantu pasal highway tu. Aku dah memang tahu pasal cerita Highway karak tu. Tapi selalu dengar dari orang jela. Bila aku tanya mana dapat cerita ni, aku selalu dapat jawapan yang macam ni 'kawan aku punya kawan punya kawan yang cerita' or 'pakcik aku punya kawan punya sedara punya jiran punya apa benda entah lagi'. 
Bengang jugak lah sometimes, tapi dah aku minat. Dengar jela. 

Well, antara cerita yang pernah aku dengar.

Cerita 1 - Misteri Volkswagen Kuning




Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.

Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning. Menurut pengalaman seorang pelajar UIA (tidak perlu disertakan nama) yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan tersermpak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja kira-kira jam 7.30. Disebabkan beliau mengetahui akan misteri tersebut, beliau hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu.

 Well, cerita ni Pakcik aku sendiri pernah alami. Dia kata, dia dah berkali kali potong kereta tu, tapi yang herannnya lepas dia potong kereta tu, kereta tu still ada dekat depan dia. Bila dia cuba potong lagi sekali untuk lihat pemandu dia, kereta kuning tu memang tiada pemandu. Mungkin pemandu itu pendek, atau mungkin dia nyorok or sememangnya kereta tu berhantu? Wallahualam.




Cerita 2 - Kematian Misteri Di Hutan Lipur Lintang


karak highway
Satu keluarga suami isteri dan seorang anak kecil dalam 2 tahun. Keluarga ini memang
hendak menuju ke pantai timur cuma tak pasti kampungnya. Kereta tu mati semasa melalui
highway karak yg dikatakan betul-betul bersebelahan dengan hutan lipur lintang. Si suami
memeriksa keretanya setelah bahagian hadapan berasap. setelah diperiksa radiatornya kering kontang. pada mulanya sekeluarga itu duduk didlm kereta dgn harapan plus peronda
akan dtg memberikan bantuan namun setelah sekian lama menunggu tiada kenderaan yg
melalui jln itu. si suami mula merasa gelisah dan.....

Dia mengambil beberapa botol utk mencari air. Dia memesan agar isterinya duduk didlm kereta bersama2 anaknya. Si suami terus turun kebawah highway utk mencari air.Tak lama setelah suaminya pergi isterinya terus menunggu sambil memeluk anaknya didlm kereta. tiba2 seperti ada sesuatu yg besar menghempap dibahagian belakang kereta tersebut. bergoyang2 dgn bunyi seperti binatang buas sedang mengerjakan sesuatu. si isteri
terus memeluk anaknya sambil ketakutan. tak lama kemudian bunyi itu hilang dan plus peronda dtg.
Sambil memesan pada isteri n anaknya keluar dr kereta dan meminta agar mengikutinya ke pejabat PLUS. salah seorg aggota plus itu memberi peringatan agar tdk melihat ke bhg belakang kereta tersebut.
Oleh kerana terkejut n terlalu ingin mengetahui tentang suaminya terus dirampas torch light sambil menyuluh bhgn belakang kereta tersebut. isteri tersebut terus histeria setelah mendapati bdh suaminya hancur dirobek ganas.
Mengikut sumber cerita diatas diceritakan oleh isteri tersebut semasa soal siasat oleh pihak plus sebelum dikatakan menjd tidak siuman. Apakah benda yg menyerang suami tersebut???

Menurut cerita yg diceritakan pula oleh plus peronda.....ketika mereka menjlnkan rutin seperti biasa iaitu meronda mereka ternampak dr jauh sebuah kereta tersadai di tepi hway tersebut. namun apabila semakin dekat mereka nampak suatu lembaga menyerupai mawas yg besar sedang bertenggek dibahagian belakang kereta tersebut sambil mencarik2 sesuatu. ketika mereka semakin hampir mahluk tersebut menoleh kebelakang lalu terus melompat
 kearah hutan bersebelahan. ketika itulah mereka terus menuju ke bahagian dpn kereta tersebut utk memeriksa situasi.

And lagi satu cerita yang sering aku dengar bila cerita pasal lebuhraya KaraK ialah pasal Hantu penanggal. Selalunya yang kena kacau ialah penonggeng motosikal. Aku nak cerita pasal hantu penanggal tapi malas nak taip. Nanti lah aku story. Kbai. Malam ni tidur jangan lupa tengok bawah katil, tepi tingkap. Hantu ada kat mana mana. Baca lah ayat suci yang korang tahu. 

P/S: Aku kalau panik, selalu doa makan je yang ingat. Taktahu lah kenapa. 



♥ I love you if you comment or like ♥

No comments:

Post a Comment