Friday, January 14, 2011

Jauhi gulagula

Entah apa apa entah tajuk entry aku. Lantak pi laa, bukan penting pun kan? Btw, aku nak cerita pasal binatang yang berwarna pink gemuk lepas tu bunyi dia 'kuek kuek', haha entah aku dah lupa bunyi dia.Okay dengar aku cerita, onesepot a time (one upon a time), si kancil berlari masuk ke dalam rumah kambing yang bernama pak jambit tetapi cinderella marahinya sebab dia tengah gosip dengan rapunzel. Lepastu mak tiri cinderella suruh balik suruh tengok cerita hantu kak limah balik rumah.

Okay aku cerita betulbetul, haritu family aku dah plan nak pergi Birmingham sebab mak aku nak shopping pinggan mangkuk apa entah semua dekat Queen Anne, then pukul 1230 macam tu kitorang pun gerak lah dari Stafford. Haaa, stafford tu apa? kawasan yang penghuninya terdiri daripada osman kering lepastu wahid satay kajang, lepastu abang sally lepastu hantu kak limah balik disko. Haha try lah google Stafford, Birmingham kalau taktahu. cari dekat Nepal punya map confirm sampai esok tak jumpa. Okay aku sambung, then bila dah sampai Birmingham tu, kitorang pun masuk lah dalam kedai dia. Queen Anne punya barang semua dibuat dari silver, and kat Malaysia harga dia beribu lah jugak tapi bila beli dekat sana agak murah laa sebab ikut pound belum convert Malaysia lagi. Faham tak? cakap lah faham. Okay lepastu, time dekat pintu masuk kedai tu ada macam satu kotak kecil penuh gulagula tau, aku dengan adik aku ingat free, sekali tu untuk charity budakbudak yang sakit apa entah kan. Satu packett gulagula tu, 1 pound sama dengan RM 5 duit Malaysia kan. Buat rugi aku je beli -,- Kinder bueno pun tak sampai RM 5. So, aku pun terus masuk kedai tanpa menghiraukan gulagula tu. Then, dah lamalama tunggu mak aku shopping semua, aku macam lapar. Hahah perut aku yang comel ini dahagakan makananm dan kasih sayang haha aku pun mintak mak aku duit and kat situ tak ada makanan except gulagula tu, then aku dengan adik aku pun membuat keputusan yang lagi susah dari SPM iaitu untuk membeli gulagula tu. Kat kotak tu ada lubang kecil tempat masuk duit, so kitorang pun masuk lah duit kat situ. yang aku pelik, orang tak curi ke duit tu, sebab dia macam terdedah. okay, sambung balik. Adik aku pun ambil lah gulagula nama dia 'lemon bon bon'. Macam sedap je nama kan? then aku pun happy lah dapat makan gulagula atleast perut takde lah lapar mana kan? time makan tu, adik aku jeritttt! aku pun dengan gaya feminimnya tanya lah dekat adik aku, asal dia menjerit macam bapok siam? then adik aku tunjuk lah belakang packett gulagula tu, ingredient dia, PORK GELATIN !


Aku pun nak muntah tapi takboleh -,- tapi aku macam geli dooo, eyeuuuuuuuuuuuuuuw! aku termakan benda babi tu, aku dah ingat dah bunyi dia. OINK OINK kan? siott lah. dah lah termakan banyak. so, pengajaran dia, jangan makan benda yang ada BON BON, mahupun pun bontot or bon cit or whatever. okay bye aku nak muntah -,-
♥ I love you if you comment or like ♥

No comments:

Post a Comment